25.11.10

bahana fitnah





Sekarang ni walaupon aku dah habis exam, tapi aq still ada kat usm. Memang aku tak tau nak buat apa sekarang. Setelah habiskan 1 large pizza yang aku beli kat domino,(tetiba faisal datang bilik aku nak bagi external aku. So, aku ajak la dia makan sekali..) lantas aku pon mengisi masa lapang aku pada waktu tu dengan membelek-belek laptop kesayangan aku.

Belek punya belek, tetiba terjumpa plak 1 cerita yang aku penah tulih dah lama dah. Bila aku baca balik, rasa macam cerita bodo je… walaupon aku ada la jugak skit2 minat nk tulih cerpen, tapi ayat aku tak cukup “sastera” la.

So, kalo korang rasa boring dah sangat sebab tak tau nak buat apa macam aku ni, boleh la korang baca. Tapi bagi yang sibuk, tak payah la. Buat buang masa ja. Bagi yang nak amik exam or still dalam minggu pembelajaran, baik korang pi study.! Hahaa… peace…..



Fitnah


  
Jumaat, 6 Febuari 2009
Selepas subuh.

Sesaat waktu merangkak perlahan, detik demi detik. Setiap piko saat yang berlalu bagai giga jam yang ditempuh. Kulihat jam tanganku yang berjenama ‘alba’ tersebut. Bagaikan dari tadi tidak bergerak-gerak jarumnya. Masih hampir sama. Namun, kugagahkan jua kotak fikiranku untuk terus menelan ilmu sejak tadi.

24.11.10

apa ada pada 2 alam?


Sekarang ni ramai yang pakat dok kata pasai phenomena yang melanda Malaysia. Phenomena 2 alam. dahsyatnya filem 2 alam sampai digelar “phenomena”. Sama ada nak pecaya atau tak, memang dah jadi phenomena dah pon. Cuma mungkin bukan seperti apa yang telah diwar-warkan oleh Dr. dulu.

Kata beliau, kononnya filem ni akan mendapat kutipan sampai RM40 juta (mula2 RM12 juta). Sampai atau tak bajet tu, aku tak kisah. Cuma sekarang aku tengok ada satu phenomena yang telah dibawa filem 2 alam ni iaitu “phenomena cendawan”.

Lepas tiba je tarikh 18 november 2010, terus heboh pasai wayang cerita 2 alam kosong. Tak dapat sambutan.  Kesian Dr. Tak cukup dengan tu, terus pakat ramai2 dok kutuk dia.

Aku kat sini bukan nak sokong sapa2. Aku bukannya peminat filem tu. Aku tak pi tengok pon filem tu pon. Tapi, kat sini, aku nak ceria skit, pasai apa yang jadi kat aku baru2 ni.