31.12.10

Disclaimer


©Hak cipta terpelihara. Blog Hikayat Budak Pening ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat dan cerita yang diluahkan di blog Hikayat Budak Pening ini adalah dari diri penulis sendiri, tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Setiap entri yang tersiar di blog Hikayat Budak Pening ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun harus dikreditkan kepada Hikayat Budak Pening untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersial, atau untuk tujuan yang tidak baik, setiap bahagian daripada blog Hikayat Budak Pening ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Penulis terlebih dahulu.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan dalam maklumat dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan daripada paparan atau menggunakan maklumat di blog ini.

Pendapat penulis dan penafian ini tidak semestinya kekal. ianya boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan semasa. 

Pha is

26.12.10

Pilihan_2 : “kalaulah……”


Entry kali ni lebih kurang sambungan kepada entry “pilihan” yang lepas. Kalau dalam entry tu, aq bagitau kesalahan aku, kat sini plak hasil yang terjadi akibat ‘kesalahan’ aku. so, kalau nak lebih paham, baca yang tu dulu.

bagi yang belum tau, salah pilih di sini bukannya pilihan antara baik dan buruk. Tapi pilihan yang kita tak tau yang mana yang baik bagi kita sehinggalah kita telah jauh susuri salah satu pilihan tersebut. Dan kadang2, bila kita sedar yang pilihan tu adalah yang tidak seperti yang kita harapkan, kita tak dapat nak keluar dari pilihan tu. tak ada jalan keluar. Dan benda ni la yang sedang berlaku kat aku.

16.12.10

aku belum bersedia.

semenjak umur aku dah pon melangkau 20-an, (20 tahun ikut kelendar masihi dan 22 tahun ikut kelendar hijriah) aku tak dapat lari dari pikiq tentang masa depan aku. at least, dalam 10 tahun akan datang, aku cuba bayangkan apa pekerjaan aku, kat mana aku dok, dan yang paling aku pikirkan, keluarga yang bakal aku bina nanti.




5.12.10

pilihan

Semua kita tak sempurna. Dalam MEMILIH, ada kala apa yang yang kita buat menjadi. dan ada kala kita buat benda yang akan membuatkan kita rasa kita tak sepatutnya buat setelah ianya terjadi. Secara teorinya, pilihan yang tepat akan membawa bahagia dan pilihan yang salah akan membawa sengsara.


Kenapa perlu ada pilihan yang salah? Mengapa tidak hanya wujud pilihan yang betul dalam dunia ni? Dan kenapa aku Tanya soalan ni..?(gila.!)

Dan kat sini aku tak akan mengupas dan tak akan menjawab soalan2 bodo tu. sebab semua kita tau yang pilihan yang salah adalah pengalaman yang terbaik yang boleh ajar kita tentang dunia. Cuma apa yang aku tertanya-tanya, kalo kita buat pilihan yang silap, apa yang kita perlu lakukan?

Kali ni, aku nak kongsikan sikit kesilapan terBESAR yang aku pernah buat sepanjang hayat aku. Tak dapat nak dibayangkan betapa sengsaranya aku sekarang disebabkan pilihan aku ni. Semua ini bermula pada tahun 2006. Ketika aku form 4.

3.12.10

kerja dan sibuk

“ko tak bosan ke asyik sibuk dengan kerja je..?” soalan yang pernah diajukan kepada aku.

Semua orang ada kerja dan semua orang sibuk. Ada orang kerja untuk duit dan ada orang kerja untuk pengalaman. Macam2 sebab boleh jadi untuk kita bua kerja. Dan bagi aku, kerja lebih kepada tanggung jawab. Ada jugak yang saja cari kerja sebab tak ada kerja.

1.12.10

how I meet your mother




Sebelom aku balik umah lepas exam, aku sempat “sedut” beberapa movie dan drama kat member aku yang sorang ni. Dia memang ada bnyak movie sebab Kalau bab2 mndownload ni, memang dia pakar. Cakap je nak mntak tolong dia download apa, semua boleh(kecuali benda yang tak penah diupload la..) dan antara cerita yang aku amik kat dia ialah cerita siri “how I meet your mother”.


Bagi sesapa yang penah tengok, korang mesti tau cerita dia jenis yang macam mana. Komedy yang agak lucah (bagi budaya kita la) dan bagi sesapa yang “kenal-aku-tapi-sbenarnya-masih-tak-beberapa-kenal-aku” (aku tak kisah pon), mesti terkejut kalau tau yang aku tengok cerita yang jenis macam nie. (well, kat sini la korang bleh kenal aku ni jenis yang macam mana..)

Tapi, kalo kita tengok dengan pandangan yang positif (macam aku), sebenarnya banyak input yang kita leh dapat dari cerita siri ni. Memang la ni cerita komedy tapi bila kita tengok cerita ni kalo dok gelak saja tak dapat apa baik tak payah tengok! bak kata pepatah, winners don’t do different things. They do thing differently… so, tengoklah dengan pesrspektif yang berbeza.  

25.11.10

bahana fitnah





Sekarang ni walaupon aku dah habis exam, tapi aq still ada kat usm. Memang aku tak tau nak buat apa sekarang. Setelah habiskan 1 large pizza yang aku beli kat domino,(tetiba faisal datang bilik aku nak bagi external aku. So, aku ajak la dia makan sekali..) lantas aku pon mengisi masa lapang aku pada waktu tu dengan membelek-belek laptop kesayangan aku.

Belek punya belek, tetiba terjumpa plak 1 cerita yang aku penah tulih dah lama dah. Bila aku baca balik, rasa macam cerita bodo je… walaupon aku ada la jugak skit2 minat nk tulih cerpen, tapi ayat aku tak cukup “sastera” la.

So, kalo korang rasa boring dah sangat sebab tak tau nak buat apa macam aku ni, boleh la korang baca. Tapi bagi yang sibuk, tak payah la. Buat buang masa ja. Bagi yang nak amik exam or still dalam minggu pembelajaran, baik korang pi study.! Hahaa… peace…..



Fitnah


  
Jumaat, 6 Febuari 2009
Selepas subuh.

Sesaat waktu merangkak perlahan, detik demi detik. Setiap piko saat yang berlalu bagai giga jam yang ditempuh. Kulihat jam tanganku yang berjenama ‘alba’ tersebut. Bagaikan dari tadi tidak bergerak-gerak jarumnya. Masih hampir sama. Namun, kugagahkan jua kotak fikiranku untuk terus menelan ilmu sejak tadi.

24.11.10

apa ada pada 2 alam?


Sekarang ni ramai yang pakat dok kata pasai phenomena yang melanda Malaysia. Phenomena 2 alam. dahsyatnya filem 2 alam sampai digelar “phenomena”. Sama ada nak pecaya atau tak, memang dah jadi phenomena dah pon. Cuma mungkin bukan seperti apa yang telah diwar-warkan oleh Dr. dulu.

Kata beliau, kononnya filem ni akan mendapat kutipan sampai RM40 juta (mula2 RM12 juta). Sampai atau tak bajet tu, aku tak kisah. Cuma sekarang aku tengok ada satu phenomena yang telah dibawa filem 2 alam ni iaitu “phenomena cendawan”.

Lepas tiba je tarikh 18 november 2010, terus heboh pasai wayang cerita 2 alam kosong. Tak dapat sambutan.  Kesian Dr. Tak cukup dengan tu, terus pakat ramai2 dok kutuk dia.

Aku kat sini bukan nak sokong sapa2. Aku bukannya peminat filem tu. Aku tak pi tengok pon filem tu pon. Tapi, kat sini, aku nak ceria skit, pasai apa yang jadi kat aku baru2 ni.

22.9.10

Pemilik Blog



Pha Is, atau nama panjangnya Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim, merupakan seorang anak jati Pulau Pinanag yang dilahirkan pada 26 Mac 1990 Masihi, bersamaan 28 Sya'ban 1410 Hijriah di hospital daerah Sungai Petani, kedah. Merupakan anak kelapan dari sebelas orang adik beradik sebelah bapa, dan anak sulong dari empat orang adik beradik sebelah ibu. Kini, penulis bertugas sebagai pegawai farmasi.

pengajian :
1. 1996 : Tadika Kemas Permatang Sintok
2. 1997-2002 : Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok
3. 2003-2007 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L) Pulau Pinang (Sains Tulen Agama)
4. 2008-2009 : Kolej Matrikulasi Kedah (Sains Fizik)
5. 2009-2014 : Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi)

mula ber-bloging sekadar suka-suka bermula 24 November 2010. kebanyakan pengisian blog Hikayat Budak Pening ini berkisarkan kisah suka duka liku hidup penulis sendiri disamping beberapa perkongsian ilmu serta pengalaman penulis.    

sebarang persoalan, cadangan, pendapat atau komentar, sila ajukan ke alamat email jinchuruki4790@gmail.com


twitter  :



instagram :
http://instagram.com/phais47